Seperti kampus induk Universiti Malaya
Kuala Lumpur, Pusat Asasi Pengajian IslamUniversiti Malaya cawangan Nilam Puri,Kelantan
(APIUMNP) juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan sebuah program suaikenal yang lebih dikenali dengan nama Minggu Haluansiswa(MHS),
khusus untuk menyambut kedatangan para penuntutnya yang baru dan bakal menyandang
gelaran mahasiswa IPTA. Program yang bermula pada bulan Mei 2010 ini berlangsung
selama 5 hari (Ahad sehingga Khamis).
Di
sini,para penuntut dari pelbagai pelusuk negeri dibahagikan kepada 4 cabang asasi
iaitu :
- Pendidikan Islam (PI)
- Usuluddin
- Syariah
- Asasi Pengajian Islam
dan Sains (APIDS).
Istimewanya pelaksanaan program MHS di APIUMNP berbanding dengan IPT-IPT terkemuka yang lain ialah penerapan tarbiyah(didikan/penerapan agama) yang dilakukan kepada setiap peserta dan juga pengenalan kepada biah(suasana) solehah
yang sedia ada di sini. Sesuai dengan panggilan ‘Serambi Mekah’dan ‘Bumi Para
Ulama’ yang telah sekian lama disinonimkan dengan bumi Kelantan ini,tidak hairanlah
jika perjalanan program MHS di sini setiap tahun dipadatkan dengan aktiviti-aktiviti
berlandaskan syara’ lagi bermanfaat.
Selain daripada sesi-sesi taklimat yang
menjadi kelaziman bagi setiap IPT ketika ‘musim pengenalan kepada kehidupan pra-kampus’
ini, program ini turut memuatkan aktiviti-aktiviti lain seperti :
- permainan-permainan (games) yang memerlukan resolusi
dari sudut keagamaan dan mengandungi nilai pengajaran yang tinggi
- aktiviti riadhah
seperti senaman aerobic
- pertandingan sukaneka
- malam persembahan dan lain-lain.
Sememangnya amalan-amalan yang menjadi asas
pengukuhan agama seperti
- tazkirah selepas Maghrib
- solat berjemaah 5 waktu sehari
semalam
- tilawah Al-Quran
- bacaan ma’thurat
selepas Subuh dan Asar
- Qiamullail
diserap sebagai sebahagian
daripada aktiviti-aktiviti penting di sini sebagai satu usaha untuk men’sebati’kan
amalan-amalan tiang agama ini ke dalam darah dan daging mereka yang bergelar
Muslim.
Seawal ini, pelajar APIDS masih belum berkesempatan
untuk menubuhkan organisasi rasminya sendiri. Meskipun begitu, sepanjang seminggu
program ini dijalankan , Pelajar APIDS menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan apabila mereka aktif
menonjolkan dan melibatkan diri dalam apa jua slot yang diadakan. Pada penghujung
program, pelajar APIDS dibahagikan kepada 2 majmuah (kumpulan) :
manakala pelajar daripada 3 bidang lagi dibahagikan kepada 8
majmuah yang lain.
|
Dewan Johor : Pusat berkumpulnya para penuntut di sini untuk pelbagai aktiviti
|
|
Pejabat APIUM, dan juga istana lama yang berusia lebih kurang 400 tahun!
|
|
Pejabat berwajah baru,selepas di ‘renovate’….
|
|
Blok kuliah :Tapak menimba ilmu agama
|
|
Meskipun saiznya kecil, namun mutu ‘produk’ keluarannya begitu besar…
|
|
Ladang Riadhah: di mana ‘daie-daie muda’ini membina kekuatan jism (fizikal)
|
|
Blok Malik Al-Khalid :Kolej Muslimat
|
|
Berkumpul sebelum bertolak beramai-ramai ke Dewan Johor
|
|
Seorang daripada Pembantu Pelajar (PP) yang sedang memberi tazkirah kepada adik-adik. |
|
Salah satu daripada sesi-sesi taklimat MHS |
|
Pemandangan di APIUM menjelang Maghrib….Haaa….Tenangnya…..
|
|
70 orang ahli APIDS, salam taaruf…….Inilah KAMI !!!
|
-Izzah Farhana-
0 comments:
Post a Comment